Sunday, August 15, 2010

Baca dan ambil iktibar...wahai putriku...

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "Saya tak boleh hidup tanpa awak!"..."Saya sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Saya sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..

Itulah antara kata-kata yang indah yang selalu diungkapkan oleh wanita kepada teman lelaki mereka. Seolah-olah teman mereka yang menciptakan dan meniupkan roh ke dalam jiwa mereka. Kata-kata ini boleh menyebabkan menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas ianya berkalimah syahadah mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit hampir RM 100 sehari hanya nak 'topup' handphone untuk bermesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej2 mereka. Bayangkan kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk di jalan Allah. Print artikel Islam. Pastu potostat banyak2. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang mereka dapat?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang best. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?. Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebigini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapa mereka yang telah membela mereka berbelas tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana Ibumu betapa seksanya selama 9 bulan mengandungkanmu, membawamu ke sana sini. Ayahmu pula tak henti2 keluar ke sana sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tidak ada rasa malukah kamu?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye.

Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari wanita lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum luaslah teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa pakaian. Ada yang beraksi telanjang. Ada yang beraksi kat taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid!. Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone untuk buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tidak berguna. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan dah halau. Ingatkan nak pergi cari Allah. Pergi masuk masjid ambik wudhuk pi sembah Allah. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam anak tu!. Dia cuba sumbat dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek2 anjing!. Celakalah kau perempuan!. Dahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last2. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala2nya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang pastinya akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH2NYA!!!...SAKIT!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kerana kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati2lah.

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut yang Allah tidak menerimu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Wanita!. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kau syirik kepada Allah, kemudian kamu bertaubat!. Nescaya Allah menerima mu!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah kepadamu!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!

Tuesday, June 22, 2010

bisikan HATI

WAHAI HATI…..DENGARLAH…..

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman…………

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mentari petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang kepada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.

Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

::putih itu bersih::

Friday, June 18, 2010

Indahnya Kehidupan...

Assalamualaikum....

idup ini umpama satu rangkaian teka teki, jika kita berjaya mendapatkan jawapan yang betul maka kita akan berpeluang menjawab teka teki yang seterusnya"


Kita seringkali berdepan dengan berbagai pilihan yang memerlukan keputusan segera. Setiap pilihan yang kita lakukan akan menetukan nasib kita dikemudian hari. Kadangkala kita tersalah membuat pilihan menjadikan kehidupan kita bermuarakan kesedihan, kekecewaan dan penyesalan. Kadangkala kita membuat pilihan yang bijak dan betul namun itu bukanlah satu-satunya pilihan yang perlu kita lakukan. Hidup ini umpama satu rangkaian teka teki, jika kita berjaya mendapatkan jawapan yang betul maka kita akan berpeluang menjawab teka teki yang seterusnya.

Inilah simpang siur kehidupan. Persoalannya "Adakah kita telah memilih jalan yang betul?". Kesilapan dan kecuaian ada padahnya. Setiap pilihan yang kita lakukan memerlukan keseriusan, kepekaan jiwa dan kesungguhan untuk melakukan pilihan yang terbaik. Kelemahan jiwa kadang-kadang menyebabkan kita memandang mudah dan remeh perkara utama dalam kehidupan kita hingga kita terperangkap dengan akibat kecuaian dan kebodohan kita dalam memilih jalan yang betul.

Setiap pilihan itu ada harganya. Setiap kesilapan mengundang kekecewaan dan penyesalan. Namun keimanan menjadikan jiwa kita kuat dan penuh harapan. Asalkan kita berusaha yang terbaik dan sentiasa membaiki diri dan kesilapan kita maka Allah akan membentangkan tikar harapannya yang ditaburi bunga-bungaan keampunan lalu kesilapan dan kecuaian itu menjadi medan mengenal diri dan mempelajari erti kehidupan dan keimanan. Asalkan kita menuju padaNya dengan JALAN KEHAMBAAN maka kita akan sampai kepadaNya dengan selamat.

Kita adalah Hamba yang serba lemah, kadangkala kita tersilap dan tersungkur namun kita menyakini RahmatNya lalu kita bangun dengan penuh harapan, kita sandarkan diri pada pengampunanNya. Kita berpaut pada dahan tawakal dan kepasrahan serta memulakan langkah baru dengan bertongkatkan taqwa kepadaNya......Inilah jalan kehambaan. Kita tidak akan menemui Allah melalui jalan-jalan yang lain. Allah SWT menjadikan kita lemah supaya kita dapat mengintai kebesaran dan keagungan Allah, Allah menjadikan kita serba kekurangan agar kita takjub dengan kesempurnaan dan kehebtan Allah SWT.

Kita tidak mungkin menemukan Allah selagi masih ada keegoan dan tinggi diri, tidak juga dengan keangkuhan dan merasakan diri sudah sempurna.

Seorang yang telah membunuh 99 orang datang menemui seorang 'Alim lalu bertanya adakah Allah masih akan mengampunkan dosa-dosanya. Lalu si Alim tadi menggelengkan kepalanya "Dosa kamu terlalu besar, tak mungkin Allah akan ampunkan dosa kamu" Ketika itu si pembunuh itu terlalu marah lalu dibunuh seorang lagi hingga genap 100 orang yang dibunuhnya. lalu dia pergi menemui orang lain, lalu bertanya lagi adakah Allah akan ampunkan dosanya yang telah membunuh 100 orang. lalu jawab lelaki yang ditanya tadi "Boleh, asalkan kamu benar-benar bertaubat dan berhijrah ke tempat baru" Lalu pembunuh tadipun bertaubat dengan sesungguhnya dan berhijrah ke tempat baru. Malangnya dalam perjalanan ia jatuh lalu meninggal dunia. Lalu Allah mengutuskan malaikat untuk melihat keadaannya lalu didapati dia sedang menuju kepada jalan kebaikan maka dicatatkan ia sebagai ahli syurga.

"Mungkin dosa-dosa kita besar tetapi yakinilah bahawa pengampunan Allah SWT itu jauh lebih besar"

Wednesday, June 16, 2010

hikmah disebalik ujian

kita sering diuji dalam kehidupan kita ini. Namun tahukah mengapa kita diuji. Manusia diuji oleh ALLAH untuk mendidik jiwa mereka agar tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Manusia pula menguji untuk mengetahui sejauh mana kekuatan atau kebolehan mereka terhadap sesuatu perkara. Mari kita sama-sama renungkan ayat yang telah Allah turunkan tentang ujian dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA..agar bertambah ketaqwaan dan keimanan kita...

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12